Layu
Melayu.
Gagah perkasa, mulia,
Membina kota kota merdeka jiwa bangsa
dah berlalu. Dulu; kerna aku melayu.
Aku melayu yang dihasad bangsaku
Ditanya melayu tidak maju,
ditanya melayu tidak maju,
ditanya melayu tidak maju,
Sedang aku(melayu) yang sedang menjatuhkan bangsaku
Kerna melayu, kalau tidak kerna hasadnya, penuh pula dengkinya.
Masih bermegah, kononya mulia,
keturunannya.
Benar! Kerna aku melayu, bermegah dengan masa lalu
Dikenal jenin, diterang jelas bangsaku.
menang sekarang kerana dahulunya, keturunan luar biasa, mampu memerdekakan sebuah tanah rafa.
hina pula sekarang, kerana hasadnya.
berhentilah bangsaku, berhentilah bermegah dengan masa lalu.
hiduplah seperti selayaknya hari ini.
maju kerana bangsa sendiri, mulia kerna bangsaku, melayu.
andai terus kita begini, jangan disalahkan anak-anakmu, jangan dituduh hari esok tidak memihak padamu
Salahkan sendiri sikapmu. Yang hidup cuma-cuma,
Matinya pula sia-sia.
Penuh perjuangan, kononya dengan darah pendekar,
Tetapi juangnya mudah, pada jalan tak bermaruah.
yang lapuk, layu membunuh jiwa bangsaku sendiri; sia sia
mudah termakan hasutan, mudah termakan kata kata
kerna aku hidupnya seperti seorang melayu.
tidak rela melihat bangsaku maju
tidak pula mampu melihat bangkitnya bangsa selainku.
kerna aku melayu,
Kitalah bangsa yang mudah ditipu.



Comments
Post a Comment